Bilagan Mol atom dan Bilangan Mol Molekul

  1. Semua molekul mengandungi lebih daripada satu atom
  2. Contohnya, setiap karbon dioksida mengandungi 3 atom, iaitu satu atom karbon dan dua atom oksigen.
  3. Oleh itu, satu mol karbon dioksida mengadungi 3 mol atom, iaitu satu mol atom karbon dan dua mol oksigen.
  4. Dengan cara yang sama, kita mengetahui bahawa, dalam dua mol karbon dioksida terdapat 6 mol atom, dalam 3 mol karbon dioksida terdapat 9 mol atom dan seterusnya.


Contoh 1:
  1. Berapa bilangan molkah molekul hidrogen boleh dibentuk oleh 20 mol atom hidrogen?
  2. Berapa bilangan molkah atom hidrogen yang terdapat di dalam 20 mol molekul hidrogen?

Jawapan:
a. 
Setiap molekul hidrogen (H2) mengandungi 2 atom hidrogen.
Maka, 20 mol atom hidrogen boleh membentuk 10 mole molekul hidrogen.

b. Bilangan mol atom hidrogen yang terkandung di dalam 20 mol molekul hidrogen

= 2 x 20 mol = 40 mol.

Contoh 2:
  1. Cari bilangan mol karbon atom yang terdapat di dalam 0.75 mol karbon dioksida.
  2. Cari bilangan mol oksigen atom yang terdapat di dalam 0.75 mol karbon dioksida.
Jawapan:
a. 
Setiap molekul karbon dioksida (CO2mengandungi 1 atom karbon dan 2 atom oksigen.

Maka, 0.75 mol karbon dioksida mengandungi 0.75 mol atom karbon.

b.

Bilangan mol atom oksigen yang terkandung di dalam 0.75 mol karbon dioksida
= 2 x 0.75 mol = 1.50 mol

3 comments:

  1. Assalamualaikum,
    Contoh 2 tu, sy kurng phm laa
    Blh terngkn..??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebagai contoh;
      -1 mol bahan A mempunyai 6 zarah molekul x-y-x (bermakna ada 2 zarah atom x dan 1 zarah atom y)
      -Apabila bahan A dipisahkan menjadi unsur, terbentuk 1 mol unsur x dan 1 mol unsur y
      -Memandangkan bahan A mempunyai 2 zarah atom x, maka 6 zarah tadi digandakan 2 menjadi 12 zarah atom, jadinya 1 mol x=12 zarah atom
      -Sedangkan zarah atom y hanya ada 1, maka 1 mol y=6 zarah atom

      *Bezakan antara zarah atom dan zarah molekul. Molekul apabila dipisahkan akan menjadi atom sedangkan bilangan zarah di dalam molekul dan atom tetap sama.

      Delete