Konsep Mol

  1. “mol” mewakili satu bilangan yang tertentu ( 6.02 x 1023  ).
  2. Satu mol sesuatu bahan ialah kuantiti yang mengandungi bilangan zarah yang sama  dengan bilangan atom yang terdapat dalam 12.000 gram karbon-12. Bilangan zarah ini ialah 6.02 x 1023.” 
  3. Nombor malar 6.02 x 1023 disebut nombor Avogadro.
    Misalan:
    1 dozen telur = 6.02 x 1023 biji telur 
    ½ dozen telur = 3.01 x 1023 biji telur 
    ¼ dozen telur = 1.505 x 1023 biji telur

    Dengan konsep yang sama:
    1 mol atom = 6.02 x 1023 biji atom 
    ½ mol atom = 3.01 x 1023 biji atom 
    ¼ mol atom = 1.505 x 1023 biji atom.
  1. Jenis zarah yang terdapat dalam suatu bahan mungkin ialah atom, molekul atau ion.
    Misalan:
    1 mol kalium = 6.02 x 1023 atom kalium
    1 mol karbon dioksida = 6.02 x 1023 molekul karbon dioksida.
    1 mol ion sulfat = 6.02 x 1023 ion sulfat. 


Contoh:
Cari bilangan atom yang terdapat di dalam:
  1. 2 mol ferum 
  2. 3.6 mol zink 
  3. 2.8 mol zink 
  4. ¼ mol ferum 

Jawapan:
  1. 2 mol ferum = 2 x 6.02 x 1023 = 1.204 x 1024  atom ferum 
  2. 3.6 mol zink =   3.6 x 6.02 x 1023 = 2.167 x 1024  atom zink 
  3. 2.8 mol zink = 2.8 x 6.02 x 1023 = 1.686 x 1024 atom zink
  4. ¼ mol ferum = ¼ x 6.02 x 1023 = 1.505 x 1023  atom ferum.

0 comments:

Post a Comment