Bilangan Mol dan Jisim Bahan

Jisim Molar
  1. Jisim molar satu bahan ialah jisim 1 mol bahan itu.
  2. Nilai jisim molar satu bahan adalah sama dengan jisim atom relatifnya dalam unit gram.
  3. Jisim molar juga ditakrifkan sebagai jisim satu bahan yang menpunyai bilangan zarah yang sama dengan pemalar Avogadro.

Unsur
Jisim atom relatif
Jisim satu mol bahan
Jisim molar
Hidrogen
1
1 g
1 g mol-1
Karbon
12
12 g
12 g mol-1
Oksigen
16
16 g
16 g mol-1
Kuprum
64
27 g
27 g mol-1
Ferum
56
56 g
56 g mol-1


Contoh
  1. Jisim atom relatif kuprum ialah 64, maka jisim 1 mol kuprum ialah 64g
  2. Jisim atom relatif natrium ialah 23, maka jisim 2 mol natrium = 2 x 23 = 46g
  3. Jisim molekul relatif nitrogen ialah 28, maka jisim 2.5 mol nitrogen = 2.5 x 28 = 70g
  4. Jisim atom relatif kalsium ialah 20, maka jisim 0.3 mol kalsium = 0.3 x 20 = 6g

Kesimpulan

Nota:
Hubungan di antara jisim satu bahan dan bilagnan mol zarah boleh diringkaskan seperti persamaan di bawah:

n= m Molar Mass
Persamaan ini boleh digunakan untuk menyelesaikan masalah di mana anda diberi jisim bahan dan diminta mencari bilangan mol zarah (atau sebaliknya).


Contoh:
Cari bilangan mol atom yang terdapat dalam 4.6g natrium (Jisim atom relatif natrium = 23)

Jawapan:
Bilangan mol, \[n = \frac{{4.6}}{{23}} = 0.2mol\]

Contoh
Cari bilangan mol natrium hidroksida yang berjisim 191 g [Jisim atom relatif: Na=23, O=16, H=1]

Jawapan:
Jisim formula relatif NaOH = 23 + 16 + 1 = 40
Bilangan mol NaOH dalam 191g,
\[n = \frac{{191}}{{40}} = 4.775mol\]


0 comments:

Post a Comment