Elektrolisis Sebatian Ion Lebur

Elektrolisis Leburan Plumbum Bromida




  1. Rajah di atas menunjukkan alat radas yang digunakan untuk mengkaji proses elektrolisis plumbum(II) bromida.
  2. Dalam elektrolisis, plumbum (II) bromida dilebur untuk menghasilkan ion-ion Pb2+ dan Br-
  3. Proses elektrolisis bermula sebaik sahaja pepejal plumbum(II) bromida mula melebur.
Di Katod
Ion yang hadir:
Pb2+

Pemerhatian
Butir-butir plumbum terbentuk di ka­tod.

Penerangan
Ion plumbum (II), Pb2+ dinyahcaskan dengan menerima 2 elektron daripada elektrod dan membentuk logam plumbum.

Persamaan Separuh

Pb2+ + 2e ---> Pb


Di Anod
Ion yang hadir:
Br-
Pemerhatian
Gas berbau sengit dan berwarna perang kemerahan dibebaskan.

Penerangan
Ion bromida, Br- dinyahcaskan dengan melepaskan satu elektron dan membentuk atom bromin. Dua atom bromin bergabung membentuk molekul bromin, Br2.

Persamaan Separuh
2Br- ---> Br2 + e
Persamaan Kimia Keseluruhan
PbBr2 ---> Pb + Br2

2 comments:

  1. hi, kenapa br- boleh jadi 2 molekul br ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sbb semua atom dlm kumpulan 17 wujud dlm dwiatom shj

      Delete