Kadar Tindak Balas
- Kadar tindak balas mengukur betapa cepat suatu tindak balas berlaku.
- Kadar tindak balas ditakrifkan sebagai sukatan perubahan sesuatu kuantiti semasa tindak balas dalam satu unit masa.
- Bagi suatu tindak balas yang berlaku dengan cepat dalam satu tempoh masa yang singkat, kadar tindak balasnya adalah tinggi.
- Bagi suatu tindak balas yang berlaku dengan lambat dalam satu tempoh masa yang panjang, kadar tindak balasnya adalah rendah.
- Apabila suatu tindak balas kimia berlaku, dua perkara berikut akan berlaku:
- Kuantiti bahan tindak balas berkurangan dengan masa.
- Kuantiti hasil tindak balas yang ter-bentuk bertambah dengan masa.
- Kuantiti bahan tindak balas dan hasil tindak balas yang dimaksudkan termasuk kepekatan larutan, jisim pepejal, isipadu gas, dan sebagainya.
- Kadar tindak balas boleh ditentukan dengan menyukat perubahan kuantiti bahan tindak balas atau hasil tindak balas dalam satu unit masa.
- Misalnya, dalam tindak balas antara asid sulfurik cair dengan pita magnesium, dua perubahan berikut diperhatikan:
- Pengurangan jisim magnesium (bahan tindak balas)
- Pembebasan gas hidrogen (hasil tindak balas)
ha?\
ReplyDeleteshh
ReplyDelete