Aplikasi Elektrolisis Dalam Industri - Pengekstrakan Logam


  1. Rajah di bawah menunjukkan cara pengekstrakan logam bagi logam yang berlainan.
  2. Emas dan perak (argentum) tidak perlu diekstrakan kerana ia wujud dalam bentuk unsur di dalam alam semula jadi.
  3. Kuprum dan merkuri dapat diekstrakan dengan membakar sebatiannya di dalam udara.
  4. Bagi logam yang kurang reaktif daripada karbon seperti plumbum, stanum, ferum dan zink, ia diekstrakan daripada sebatiannya dengan cara penurunan oleh karbon.
  5. Logam-logam yang aktif seperti natrium, kalsium, atau aluminium diperolehi daripada sebatiannya melalui proses elektrolisis.
  6. Ini kerana logam-logam ini tidak dapat diekstrakkan dengan cara penurunan oleh karbon.



0 comments:

Post a Comment