Aplikasi Elektrolisis Dalam Industri - Pengekstrakan Natrium


  1. Rajah di atas menunjukkan lakaran bagi rekaan alat radas yang digunakan untuk pengekstrakan natrium di dalam industri dengan menggunakan kaedah elektrolisi.
  2. Dalam proses ini, leburan natrium klorida dimasukkan ke dalam radas elektrolisis.
  3. Dalam SPM, anda perlu tahu
    1. jenis elektrolit yang digunakan.
    2. bahan yang digunakan sebagai anod dan katod
    3. tindak balas kimia di anod dan katod.

Elektrolit

Natrium klorida lebur

NaCl ---> Na+ + Cl-

Elektrod:

Anod: Grafit
Katod: Ferum

Tindakbalas Kimia

Anod:
2Cl- ---> Cl2 + 2e

Ion klorida yang bercas negatif tertarik ke anod dan dinyahcas untuk membentuk gas klorin.


Katod
Na+ + e ---> Na

  1. Ion natrium menerima satu elektron, lalu dinyahcaskan untuk membentuk atom natrium.
  2. Disebabkan suhu yang tinggi, natrium yang terbentuk juga melebur.
  3. Logam natrium yang berketumpatan rendah terapung dan dikumpulkan.


0 comments:

Post a Comment