Unsur-unsur Kumpulan 18 - Gas Adi

  1. Gas Adi ialah kumpulan terakhir, iaitu kumpulan 18 dalam jadual berkala. Ia juga dinamakan sebagai gas Nadir, disebabkan oleh kestabilan kimianya yang luar biasa.
  2. Kumpulan ini mempunyai 6 unsur, iaitu Helium, Neon, Argon, Kripton, Xenon and Radon.
  3. Unsur-unsur ini wujud dalam gas pada suhu dan tekanan bilik. Mereka adalah bukan logam, tidak berwarna dan tidak berbau.
  4. Gas Adi membentuk 1% udara, dan kebanyakannya ialah gas argon.
  5. Saiz atom bertambah apabila menuruni kumpulan, disebabkan oleh bertambahnya bilangan petal elektron. 

Nama Nombor Proton Susunan Elektron Takat Lebur Takat Didih
Helium 2 2 -270°C -269°C
Neon 10 2.8 -249°C -246°C
Argon 18 2.8.8 -189°C -186°C
Kripton 36 2.8.18.8 -157°C -152°C
Xenon 54 2.8.18.18.8 -112°C -108°C
Radon 86 2.8.18.32.18.8 -71°C -62°C

Sifat-sifat Fizik

Keterlarutan dan Konduktiviti

  1. Semua gas adi tidak larut dalam air.
  2. Mereka juga tidak mengkonduksikan arus elektrik atau haba.

Takat Lebur dan Takat Didih

  1. Semua gas adi mempunyai takat lebur dan takat didih yang sangat rendah.
  2. Ini adalah kerana semua gas adi wujud sebagai gas monoatom. Daya tarikan di antara atom-atom sangat lemah, maka hanya sedikit tenaga diperlukan untuk mengatasi daya tarikan ini semasa peleburan dan pengewapan.
  3. Apabila menuruni kumpulan, takat lebur dan takat didih meningkat disebabkan oleh daya tarikan van der Waals menjadi lebih kuat. Lebih banyak tenaga diperlukan untuk mengatasi daya tarikan antara atom yang lebih kuat.

Ketumpatan

  1. Gas adi mempunyai ketumpatan yang rendah (disebabkan oleh atom adalah berjauhan)
  2. Bagaimanapun, ketumpatannya bertambah apabila menuruni kumpulan.

Sifat-sifat Kimia

  1. Gas adi adalah lengai, iaitu tidak reaktif dan tidak bertindak balas dengan sebarang unsur yang lain.
  2. Ini adalah kerana susunan elektronnya yang stabil, iaitu sama ada susunan duplet atau oktet.
  3. Dalam dunia kimia, satu atom berada dalam keadaan kimia yang paling stabil jika petala valensnya diisi oleh 8 elektron (oktet) atau 2 elektron (duplet) bagi petala pertama.
  4. Semua gas adi wujud dalam gas monoatom, kerana kestabilan susunan elektronnya.


1 comment:

  1. Sangat membantu. Dpt siapkan assignment cepat๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†

    ReplyDelete