Kestabilan Gas Adi

Kestabilan Gas Adi

  1. Gas adi wujud sebagai zarah monoatom di dalam alam sekitar.
  2. Ia merupakan unsur yang paling stabil dan tidak reaktif secara kimia.
  3. Gas adi mempunyai susunan duplet ( helium ) dan susunan oktet yang sangat stabil.

Susunan Elektron Duplet dan Oktet


  1. Rajah di atas menunjukkan struktur atom bagi 4 unsur gas adi yang pertama dalam Jadual Berkala.
  2. Susunan duplet (2 elektron valens) bagi helium dan susunan oktet (8 elektron valens) bagi gas adi yang lain adalah paling stabil dan sangat susah diganggu oleh daya-daya kimia.
  3. Oleh itu atom-atom unsur gas adi tidak bergabung sesama sendiri untuk membentuk molekul dan atom-atom itu juga tidak bergabung dengan atom unsur lain untuk membentuk sebatian.
  4. Akibatnya, semau gas adi adalah lengai secara kimia dan wujud sebagai gas monoatom sahaja.

Hukum Oktet

  1. Atom-atom daripada kumpulan yang tidak mempunyai susunan elektron oktet cenderung mencapai susunan oktet.
  2. Kecenderungan suatu atom untuk mencapai susunan duplet atau oktet digelar sebagai hhukum oktet.

Bagaimana Atom Mencapai Susunan Elektron Oktet?

  1. Atom-atom boleh mencapai susunan elektron duplet atau oktet melalui 3 cara:
    1. melepaskan elektron yang berlebihan
    2. menerima elektron daripada atom lain jika ia adalah kekurangan elektron.
    3. berkongsi elektron

    (Atom natrium melepaskan satu elektron untuk mencapai susunan elektron oktet)

    (Atom fluorin menerima satu elektron untuk mencapai susunan elektron oktet)

    (Dua atom fluorin berkongsi elektron untuk mencapai susunan elektron oktet)


    0 comments:

    Post a Comment