Perubahan Kimia Merentasi Kala

Terdapat perubahan kimia yang beransur-ansur dari kiri ke kanan merentasi kala. Contohnya:
  1. Keasidan (atau kebesan) oksida unsur berubah merentasi kala
  2. Ciri logam unsur juga berubah merentasi kala
  3. keelktronegatifan juga berubah dari kiri ke kanan

Oksida Asid dan Oksida Bes


  1. Oksida bes adalah oksida logam yang boleh bertindak balas dengan asid membentuk garam dan air.
  2. Oksida asid adalah oksida bukan logam yang boleh bertindak balas dengan alkali membentuk garam dan air.
  3. Oksida amfoterik adalah oksida yang boleh bertindak balas dengan asid dan alkali untuk membentuk garam dan air .
  4. Dari kiri ke kanan merentasi kala, oksida unsur berubah daripada oksida bes (oksida logam, contohnya Na2O ) ke oksida asid (oksida bukan logam, contohnya SO2).


Logam, Separuh Logam dan Bukan Logam

  1. Apabila merentasi kala daripada kiri ke kanan, unsur-unsur berubah daripada logam kepada bukan logam.
  2. Terdapat juga 7 unsur di dalam Jadual Berkala digolongkan sebagai separuh logam.
  3. Unsur-unsur logam biasanya terletak di sebelah kri Jadual berkala manakala unsur-unsur bukan logam terletak di sebelah kanan.
  4. Unsur-unsur separuh logam biasanya terletak di antara logam dan bukan logam dalam satu kala.

Kegunaan Separuh Logam

  1. Unsur-unsur separuh logam yang paling lazim digunakan di dalam industri ialah silikon dan germanium.
  2. Ia digunakan untuk membuat diod dan transistor dalam industri elektronik.

Electronegativity

  1. Keelektronegatifan suatu unsur ialah suatu ukuran kebolehan atom unsur itu untuk menarik elektron ke arahnya dalam suatu molekul.
  2. Unsur-unsur logam mempunyai keelektronegatifan yang rendah manakala unsur-unsur bukan logam mempunyai keelektronegatifan yang tinggi.
  3. Keelektronegatifan bagi unsur semakin bertambah apabila merentasi suatu kala dari kiri ke kanan.
  4. Ini adalah kerana apabila merentasi kala 
    1. cas positif semakin bertambah.
    2. Maka kekuatan nukleus atom untuk menarik elektron turut bertambah
    3. Dengan ini keelektronegatifan bertambah.

1 comment: