- Jirim ialah sebarang benda yang mempunyai jisim dan memenuhi ruang.
- Teori zarah jirim menyatakan bahawa jirim terdiri daripada zarah-zarah yang halus dan diskrit.
Teori Zarah Jirim:
Jirim terdiri daripada zarah-zarah yang halus dan diskrit
Jirim terdiri daripada zarah-zarah yang halus dan diskrit
Jenis Zarah
- Zarah zarah yang membina jirim mungkin ialah atom, molekul, atau ion.
- Atom ialah zarah neutral yang paling kecil bagi suatu unsur dan boleh mengambil bahagian dalam tindak balas kimia.
- Molekul ialah zarah neutral yang terdiri daripada dua atau lebih atom yang bergabung dalam kumpulan kecil dan boleh wujud bersendirian.
- Ion ialah zarah yang bercas. Ia terhasil daripada atom atau molekul dengan menerima atau melepaskan elektron.
- Ion bercas positif dipanggil kation, manakala ion bercas negatif dipanggil anion.
This comment has been removed by the author.
ReplyDelete