Sifat-sifat Fizik - Sebatian Ion

Structure Ionic Compound

  1. Sebatian ion ( elektrovalen ) terdiri daripada ion-ion ( kation dan anion ) yang disusun dengan teratur dan padat pada kedudukan tetap seperti ditunjukkan dalam rajah di sebelah kanan.
  2. Ion-ion ini boleh membentuk satu struktur kekisi raksasa dengan ikatan ion di antara ion-ion yang bertentangan cas.
  3. Ikatan ion yang terbentuk ialah daya tarikan elektrostatik yang sangat kuat.

(Struktur kekisi raksasa)
(Strong Electrostatic Force formed between the positive and negative ions)

Sifat-sifat Sebatian Ion

  1. Terdiri daripada ion-ion positif dan negatif dalam struktur kekisi raksasa.
  2. Mempunyai takat lebur dan takat didih yang tinggi.
  3. Tidak meruap.
  4. Biasanya larut dalam air.
  5. Biasanya tidak larut dalam pelarut organik.
  6. Mengkonduksikan elektrik dalam keadaan lebur atau larutan akueus.


1 comment:

  1. Terima kasih atas maklumat yang diberi.......Sangat membantu

    ReplyDelete