Sifat-sifat Fizik Sebatian Kovalen - Molekul Ringkas

Sebatian kovalen boleh dibahagi kepada 2 jenis
  1. Sebatian molekul ringkas
  2. Sebatian molekul raksasa

Molekul Ringkas



  1. Kebanyakan sebatian kovalen terdiri daripada unit-unit molekul yang ringkas dan berasingan seperti ditunjukkan di dalam rajah di atas.
  2. Daya-daya di antara molekul-mulekul merupakan daya Van der Waals yang lemah.

Sifat-sifat Fizik Sebatian Kovalen Bermolekul Ringkas


  1. Terdiri daripada molekul-molekul kecil dan ringkas.
  2. Mempunyai takat lebur dan takat didih yang rendah.
  3. Mudah meruap.
  4. Biasanya tidak larut dalam air.
  5. Biasanya larut dalam pelarut organik.
  6. Tidak mengkonduksikan elektrik dalam keadaan pepejal atau lebur.




0 comments:

Post a Comment