Nama | Nomber Proton | Susunan Elektron | Takat Lebur | Takat Didih | Ketumpatan g/cm3 |
Litium | 3 | 2.1 | 180ºC | 1342ºC | 0.53 |
Natrium | 11 | 2.8.1 | 98ºC | 883ºC | 0.97 |
Kalium | 19 | 2.8.8.1 | 63ºC | 759ºC | 0.86 |
Rubidium | 37 | 2.8.18.8.1 | 39ºC | 688ºC | 1.48 |
Sasium | 55 | 2.8.18.18.8.1 | 29ºC | 671ºC | 1.87 |
Fransium | 87 | 2.8.18.32.18.8.1 | 27ºC | 677ºC | > 1.87 |
- Semua logam kumpulan satu wujud dalam keadaan pepejal pada suhu bilik. Mereka mempunyai ciri-ciri khas logam seperti
- konduktor haba yang baik
- konduktor elektrik yang baik
- takat didih yang tinggi
- permukaan berkilau (tetapi menjadi pudar dengan cepat selepas dioksidakan oleh oksifen di udara.)
- Bagaimanapun, logam kumpulan satu juga menunjukkan beberapa ciri yang tidak biasa diperhatikan pada logam seperti:
- takat lebur yang rendah,
- ketumpatan yang rendah (3 unsur pertama dalam kumpulan ini boleh terapung di atas air),
- sangat lembut (boleh dipotong oleh pisau).
Perubahan Penting Apabila Menuruni Kumpulan:
- Saiz atom bertambah
- Takat lebur dan takt didih berkurang
- Ketumpatan bertambah
- Kekerasan berkurang
Saiz Atom
- Seperti ditunjukkan da dalam rajah di sebelah kanan, apabila menuruni kumpulan, sais atom bertambah.
- Ini disebabkan oleh pertambahan petala-petala yang diisi oleh elektron.
- Atom yang mempunyai lebih banyak petala adalah lebih besar berbanding dengan atom yang memounyai kurang petala.
Takat Lebur dan Takat Didih
Seperti yang ditunjukkan di dalam rajah di sebelah kanan, takat lebur dan takat didih logam alkali menurun apabila menuruni kumpulan.
Penerangan
- Atom-atom bagi logam alkali diikat antara satu sama lain oleh satu daya yang dinamakan sebagai ikatan logam.
- Kekuatan ikatan logam bergantung kepada jarak di antara atom. Semakin dekat atom-atom, semakin kuat ikatan logam ini.
- Apabila menuruni kumpulan, saiz atom bertambah. Oleh itu, jarak di antara atom bertambah.
- Pada hakikatnya, kekuatan ikatan logam di antara atom-atom berkurang, dan tenaga yang diperlukan untuk mengatasi ikatan ini semasa peleburan atau pendidhan juga berkurang dan seterusnya takat lebur/didih berkurang.
Ketumpatan
- Ketumpatan logam kumpulan adalah lebih rendah berbanding dengan logam yang lain.
- Ketumpatan litium, natrium dan kalium adalah lebih rendah daripada air. Oleh itu mereka boleh terapung di atas permukaan air.
- Bagaimanapun, apabila menuruni kumpulan, ketumpatan logam alkali bertambah.
0 comments:
Post a Comment