Susunan Elektron di Dalam Atom


  1. Dalam model atomnya, Neils Bohr mencadangkan bahawa elektron mesti berada di dalam orbit yang mempunyai tenaga tertentu yang dinamakan sebagai petala.
  2. Setiap petala boleh diisi oleh bilangan elektron yang terhad.
  3. Misalnya, petala pertama maksimumya boleh diisi oleh 2 elektron, petala kedua boleh diisi oleh 8 elektron dan petala ketiga boleh diisi oleh 18 elektron.
  4. Bagaimanapun, petala ketiga mencapai kestabilan maksimum apabila is diisi oleh 8 elektron. Oleh itu elektron ke-9 dan ke-10 akan diisi ke dalam petala keempat, dan bukan di dalam petala ketiga (Sila rujuk kepada susunan elektron argon, kalium dan kalsium dalam jadual di bawah..
  5. Susunan elektron bagi sesuatu atom ialah suatu susunan elektron yang menunjukkan bagaimana elektron-elektron dalam satu atom unsur ditempatkan dalam petala-petala yang mengelilingi nukleus.
  6. Contoh-contoh di bawah menunjukkan bagaimana elektron-elektron disusun bagi unsur-nunsur tertentu. 
  7. Susunan elektron bagi 20 unsur pertama dalam Jadual Berkala dapat ditulis dengan mengikut langkah-langkah berikut:
    Langkah 1: Petala-petala elektron yang mengeliling nukleus dilabelkan dengan 1,2,3,4 atau K,L,M,N … mulai daripada petala yang terdekat degnan nukleus.
    Langkah 2: Isikan petala yang terdekat
    Langkah 3: Elektron diisi mengikut hadnya.
    Petala 1 : 2 elektron
    Petala 2 : 8 elektron
    Petala 3 : 8 elektron
    Petala 4 : …..

Atom
Nota
Susunan Elektron
  1. Litium mempunyai 3 proton, 3 neutron dan 3 elektron.
  2. Ketiga-tiga elektron disusun mengikut cara berikut:
  • 2 elektron diisi dalam petala pertama.
  • 1 elektron diisi dalam petala kedua.
  • Oleh itu, susunan elektronnya ialah 2.1



2.1 
  1. Klorin mempunyai 17 proton, 18 neutron dan 17 elektron.
  2. Elektron-elektronnya disusun mengikut cara berikut:
  • 2 elektron diisi dalam petala pertama.
  • 8 elektron diisi dalam petala kedua.
  • 7 elektron diisi dalam petala ketiga
  • Oleh itu, susunan elektronnya ialah 2.8.7




2.8.7
  1. Kalsium mempunyai 20 proton, 20 neutron dan 20 elektron.
  2. Elektron-elektronnya disusun mengikut cara berikut:
  • 2 elektron diisi dalam petala pertama.
  • 8 elektron diisi dalam petala kedua.
  • 8 elektron diisi dalam petala ketiga
  • 2 elektron diisi dalam petala keempat





2.8.8.2


Jadual di bawah menunjukkan susunan elektron bagi 20 unsur yang pertama dalam jadual berkala.
Unsur Nombor Proton Bilangan elektron
Bilangan elektron di dalam
Susunan Elektron
petala pertama petala kedua petala ketiga petala keempat
Hidrogen
1
1
1
0
0
0
1
Helium
2
2
2
0
0
0
2
Litium
3
3
2
1
0
0
2.1
Berillium
4
4
2
2
0
0
2.2
Boron
5
5
2
3
0
0
2.3
Karbon
6
6
2
4
0
0
2.4
Nitrogen
7
7
2
5
0
0
2.5
Oksigen
8
8
2
6
0
0
2.6
Fluorin
9
9
2
7
0
0
2.7
Neon
10
10
2
8
0
0
2.8
Natrium
11
11
2
8
1
0
2.8.1
Magnesium
12
12
2
8
2
0
2.8.2
Aluminium
13
13
2
8
3
0
2.8.3
Silikon
14
14
2
8
4
0
2.8.4
Fosforus
15
15
2
8
5
0
2.8.5
Sulfur
16
16
2
8
6
0
2.8.6
Klorin
17
17
2
8
7
0
2.8.7
Argon
18
18
2
8
8
0
2.8.8
Kalium
19
19
2
8
8
1
2.8.8.1
Kalsium
20
20
2
8
8
2
2.8.8.2

0 comments:

Post a Comment