Isotop

Isotop-isotop sesuatu unsur ialah stom-atom sesuatu unsur yang mempunyai bilangan proton yang sama, tetapi bilangan neutron yang berbeza.
  1. Walaupun bilangan proton dalam atom sesuatu unsur adalah tetap, tetapi kadang kala bilangan neutron mungkin berbeza.
  2. Atom-atom yang nombor neutron yang berbeza bagi unsur yang sama itu dipanggil isotop.
  3. Isotop-isotop sesuatu unsur ialah stom-atom sesuatu unsur yang mempunyai bilangan proton yang sama, tetapi bilangan neutron yang berbeza.
  4. Kebanyakan unsur menunjukkan keisotopan.
Sifat Kimia dan Sifat Fizik Isotop
  1. Isotop-isotop yang berbeza bagi satu unsur mempunyai bilangan proton yang sama, maka ia juga  mempunyai konfigurasi elektron yang sama, dengan ini sifat kimianya juga adalah sama.
  2. Akan tetapi isotop-isotop bagi suatu unsur mempunyai sifat fizik ( ketumpatan, takat lebur, takat didih ) yang berbeza.
  3. Sesuatu unsur dalam keadaan semula jadi mungkin wujud sebagai gabungan daripada beberapa jenis isotop.

Ringkasan

    Sifat-sifat Isotop
    Bilangan proton sama
    Bilangan neutron berbeza
    Sifat kimia sama
    Sifat Fizik berbeza

    Contoh:
    Unsur Nama Simbol Nombor proton Nombor nukleon Bilangan proton Bilangan neutron
    Hidrogen Hidrogen
    11H
    1
    1
    1
    0
    Deuterium
    21H
    1
    12
    1
    1
    Tritium
    31H
    1
    23
    1
    2
    Oksigen Oksigen-16
    168O
    8
    16
    8
    8
    Oksigen-17
    178O
    8
    17
    8
    9
    Oksigen-18
    188O
    8
    18
    8
    10
    Karbon Karbon-12
    126C
    6
    12
    6
    6
    Karbon-13
    136C
    6
    13
    6
    7
    Karbon-14
    146C
    6
    14
    6
    8
    Klorin Klorin-35
    3517Cl
    17
    35
    17
    18
    Klorin-37
    3717Cl
    17
    37
    17
    20
    Natrium Natrium-23
    2311Na
    11
    23
    11
    12
    Natrium-24
    2411Na
    11
    24
    11
    13

    1 comment: