Sifat Fizik Halogen

  1. Semua unsur kumpulan 17 ialah bukan logam. Oleh itu mereka merukakan penebat haba dan elektrik.
  2. Mereka juga mempunyai takat lebur dan takat didih yang rendah
  3. Semua unsur kumpulan 17 adalah berwarna dan larut sedit di dalam air.
  4. Unsur-unsur kumpulan 17 wujud sebagai molekul dwiatom: F2, C12, Br2, I2, At2
  5. Jadual di bawah menunjukkan susunan elektron dan juga sifat fizik bagi unsur-unsur kumpulan 17.

Nama Nombor Proton Susunan Elektron Warna Takat Lebur Takat Didih
Fluorin
9
2.7 Gas kunig pudar -220ºC -188ºC
Klorin
17
2.8.7 Gas kuning kehijauan -102ºC -34ºC
Bromin
35
2.8.18.7 Cecair merah gelap atau wap perang -7ºC 59ºC
Iodin
53
2.8.18.18.7 Pepejal hitam atau wap ungu 114ºC 184ºC
Astatin
85
2.8.18.32.18.7 Pepejal hitam atau wap gelap 302ºC 380ºC

Perubahan Sifat Fizik Apabila Menuruni Kumpulan

  1. Sifat-sifat fizik halogen berubah secara beransur-ansur apabila menuruni Kumpulan 17.
  2. Apabila menuruni kumpulan:
    1. Saiz atom bertambah disebabkan oleh petala yang berisi elektron bertambah.
    2. Ketumpatannya meningkat disebabkan oleh jisim molekul relatif bertambah.
    3. Takat lebur dan takat didihnya meningkat disebabkan oleh daya tarikan van der Waals menjadi lebih kuat apabila saiz molekul bertambah.
    4. Keadaan fizik berubah dari gas (F2, Cl2) ke cecair (Br2), dan kemudian ke pepejal (I2, At2).
    5. Warnanya bertambah gelap.
    6. Keterlarutannya dalam air menurun.
    7. Keelektronegatifannya (kecenderungan suatu unsur untuk menarik elektron) menurun.
(Saiz atom bertambah apabila menuruni kumpulan)

Takat Lebur dan Takat Didih


  1. Semua halogen mempunyai takat lebur dan takat didih yang rendah kerana tarikan bersama oleh daya Van der Waals yang lemah dan hanya sedikit tenaga haba  diperlukan untuk mengatasinya.
  2. Seperti ditunjukkan dalam rajah di sebelah, takat lebur dan takat didih meningkat apabila menuruni kumpulan.
  3. Ini adalah kerana apabila semakin menuruni kumpulan kerana apabila menuruni Kumpulan 17 daripada fluorin kepada iodin, saiz atom semakin besar dan daya tarikan Van der Waals antara molekul halogen pun bertambah kuat. Oleh itu, semakin banyak tenaga haba diperlukan untuk mengatasi daya tarikan itu.






0 comments:

Post a Comment