Sifat Kimia Halogen

  1. Unsur-unsur kumpulan 17 merupakan unsur bukan logam yang sangat reaktif.
  2. Semua unsur kumpulan 17 mempunyai 7 elektron valens. Dengan itu, atomnya akan menerima satu elektron untuk mencapai susunan satu elektron oktet yang stabil dalam tindak balas kimia.
  3. Tindak balas kimia halogen melibatkan pembentukan ion negatif yang bercas -1.

  1. Semua unsur halogen mempunyai keelektronegatifan yang tinggi, iaitu kuasa menarik elektron yang tinggi. Walau bagaimanapun, keelektronegatifan semakin berkurang apabila menuruni kumpulan.
  2. Semua unsur kumpulan 17 adalah beracun
  3. Astatin pula ialah bahan radioaktif
.

Langkah Berjaga-jaga

  1. Gas fluorin, klorin dan bromin adalah beracun.
  2. Oleh itu, eksperimen-eksperimen melibatkan gas ini perlu dilakukan di dalam kebuk wasap.



0 comments:

Post a Comment