Terdapat beberapa perubahan fizik yang ketara merentasi kala dari kiri ke kanan. Contohnya
- perubahan keadaan fizik daripada pepejal ke pada gas
- perubahan saiz atom.
Keadaan Fizik
- Rajah di atas menunjukkan keadaan fizik bagi unsur-unsur dalam kala ke-2 dan ke-3.
- Didapati bahawa keadaan fizik unsur-unsur dalam kala ke-2 dan ke-3 berubah daripada pepejal kepada gas.
- Logam di sebelah kiri adalah pepejal dan bukan logam di sebelah kanan kebanyakannya adalah gas.
Saiz atom
- Rajah di atas menunjukkan perubhan saiz atom bagi kala ke-2 dan ke-3.
- Didapati bahawa saiz atom berkurang apabila merentasi kala dari kiri ke kanan. Ini adalah kerana
- Apabila merentasi kala ke-2 dan ke-3 dari kiri ke kanan, bilangan elektron semakin bertambah dalam petala ke-3.
- Pada masa yang sama, bilangan proton juga bertambah.
- Dengan ini, cas di dalam nukleus juga bertambah. Maka tarikannya terhadap elektronnya juga bertambah.
- Oleh itu, saiz atom semakin berkurang apabila merentasi kala dari kiri ke kanan.
- Rajah di bawah menunjukkan perbandingan saiz atom bagi unsur-unsur dalam jadual berkala. Kita dapat membuat kesimpulan bahawa
- saiz atom bertambah apabila menuruni kumpulan
- saiz atom berkurang apabila merentasi kala.
- tiada perubahan ketara bagi saiz atom unsur-unsur peralihan apabila merentasi kala.
thank you,, its so helpful <3
ReplyDeleteEasy to understand...really help me a lot
ReplyDeleteterima kasih ☺️ membantuu sangaat🎉
ReplyDelete