Unsur-unsur Peralihan dan Sifatnya



  1. Unsur-unsur peralihan ialah unsur-unsur yang terletak antara Kumpulan 2 dan 13 dalam Jadual Berkala.
  2. Unsur-unsur peralihan adalah jauh kurang reaktif berbanding dengan logam alkali (Kumpulan 1).
  3. Mereka tidak bertindak cepat dengan air dan oksigen seperti logam-logam alkali.

Sifat Fizik Am

Semua unsur peralihan adalah logam. Oleh itu, ia mempunyai sifat-sifat logam seperti:
  1. takat lebur dan takat didih yang tinggi
  2. keras,
  3. ketumpatan yang tinggi,
  4. kondiktur elektrik yang baik
  5. kekuatan tegangan yang tinggi
  6. permukaan berkilau,
  7. bersifat mulur
  8. boleh ditempa,


Ciri-ciri Istimewa Unsur-unsur Peralihan

Unsur-unsur peralihan mempunyai ciri-ciri istimewa seperti berikut:
  1. biasanya berwarna
  2. menunjukkan nombor pengoksidaan yang berbeza dalam sebatiannya
  3. membentuk ion kompleks
  4. bertindak sebagai mangkin

1 comment:

  1. apa akan jadi apabila zink dan kuprum terlarut dalam air laut untuk menghasilkan elektrik

    ReplyDelete