Perkembangan Model Atom

Jadual di bawah menunjukkan saintis yang menyumbang kepada perkembangan model atom.

John Dalton

  John Dalton Mengemukakan Model Atom Pertama

  1. Semua jirim terdiri daripada atom. Atom merupakan zarah yang paling kecil, yang tidak boleh dibahagi lagi. 
  2. Atom tidak boleh dicipta atau dimusnahkan. 
  3. Atom‑atom bagi sesuatu unsur tertentu adalah sama, tetapi berbeza daripada atom-atom unsur lain. 
  4. Atom-atom berpadu antara satu sama lain mengikut nisbah nombor bulat yang terkecil. 

J.J. Thomson

J.J. Thompson Menemui Elektron

  1. Jisim elektron adalah kira-kira 2000 kali lebih ringan daripada atom hidrogen.
  2. Elektron-elektron bertabur  di seluruh atom yang merupakan satu sfera yang bercas positif, seperti yang ditunjukkan dalam Rajah

Ernest Rutherford

Ernest Rutherford Menemui Proton

  1. hampir semua jisim atom tertumpu dalam satu kawasan yang sangat kecil, berat, dan bercas positif, Kawasan kecil ini dipanggil nukleus. 
  2. nukleus mengandungi proton sahaja. 
  3. bilangan proton sama dengan bilangan elektron dalam atom. 
  4. kebanyakan bahagian dalam atom merupakan ruang kosong. 
  5. Electron-elektron bergerak dengan cepat mengelilingi pusat nukleus pada jarak yang berlainan seperti yang ditunjukkan dalam Rajah.
(Walau bagaimanapun, masih terdapat kelemahan dalam model atom yang dikemukakan oleh Ernest Rutherford kerana jisim atom yang dihitung daripada model Rutherford kurang daripada jisim atom yang sebenar.)

Neils Bohr

Mendapati Elektron Bergerak dalam Petala
  1. Electron-elektron bergerak mengelilingi nukleus dalam petala-petala tertentu seperti yang ditunjukkan dalam Rajah.
  2. Setiap orbit bedarak tetap dari nukleus dan berbentuk bulatan supaya jarak suatu elektron tertentu dari nukleus adalah sentiasa tetap. 

James Chadwick

James Chadwick Menemui Neutron

  1. Menjumpai suatu zarah kecil yang lain dalam nukleus selain proton.
  2. Jisim zarah ini hampir sama dengan proton, tetapi zarah ini adalah neutral (tidak bercas). 
  3. Beliau menamakan zarah ini neutron. 
  4. Beliau mendapati bahawa semua nukleus mengandungi neutron dan proton kecuali nukleus hidrogen yang mempunyai proton sahaja.


Recommended Videos

Models of the Atom Timeline



Models of the Atom: Thompson, Rutherford and Bohr Models



Thomson's Plum Pudding Model of the Atom




0 comments:

Post a Comment