Model Atom Moden



  1. Struktur sesuatu atom terdiri daripada satu nukleus kecil dipusatnya yang dikelilingi oleh elektron-elektron yang bergerak dalam petala-petala tertentu.
  2. Nukleus mengandungi dua jenis zarah asas, iaitu proton dan neutron. 
  3. Nukleus atom sangatlah kecil. Sebahagian besar jisim atom tertumpu dalam nukleus ini. 
  4. Nukleus sentiasa bercas positif. 
  5. Atom sebarang unsur adalah neutral kerana bilangan proton sama dengan bilangan elektron di dalam atom itu. Jadi, jumlah cas positif daripada proton dalam nukleus sama dengan jumlah cas negatif daripada elektron di sekeliling nukleus.
    Misalan:
    1. atom nitrogen mempunyai 7 proton dan 7 elektron. 
    2. Atom sulfur mempunyai 16 proton dan 16 elektron. 
  6. Atom daripada unsur yang sama semestinya mempunyai bilangan proton yang sama, manakala atom daripada unsur yang berbeza semestinya mempunyai bilangan proton yang berbeza. Oleh itu bilangan proton dalam suatu atom menentukan jenis unsur itu.  Misalnya: 
    1. atom yang mempunyai 6 proton mestilah karbon. 
    2. Atom yang mempunyai 11 proton mestilah natrium.



0 comments:

Post a Comment