Jenis Elektrod
- Terdapat 2 jenis elektrod:
- Elektrod lengai
Elektrod lengai hanya menyediakan suatu permukaan bagi pemindahan elektron. Ia tidak mengambil bahagian dalam sebarang tindak balas kimia semasa elektrolisis.. (Contoh: Karbon, platinum) - Elektrod tidak lengai
Elektrod tidak lengai ialah elektrod yang akan mengalami perubahan kimia semasa elektrolisis. (Contoh: Kuprum, argentum, merkuri)
Contoh: Elektrolisis Kuprum(II) Sulfat dengan Karbon/Kuprum sebagai Elektrod
Carbon Sebagai Elektrod
|
Kuprum Sebagai Elektrod
|
Ion-ion yang hadir Anod:
OH-, SO42-
Katod:
H+, Cu2+
| Ion-ion yang hadir Anod:
OH-, SO42-
Katod:
H+, Cu2+
|
Pemerhatian dan Kesimpulan Anod: Pemerhatian: Gelembung gas tak berwarna dan tak berbau dibebaskan. Gas ini menyalakan kayu uji berbara. Kesimpulan: Gas oksigen dihasilkan Katod Pemerhatian: Satu lapisan pepejal perang kemerahan terenap pada permukaan elektrod. Kesimpulan: Logam kuprum dihasilkan Warna larutan: Warna biru larutan akueus kuprum(II) sulfat terluntur secara perlahan. | Pemerhatian dan Kesimpulan Anod: Pemerhatian: Elektrod menjadi semakin nipis Kesimpulan: Elektrod kuprum terlarut di dalam larutan Katod Pemerhatian: Elektrod menjadi semakin tebal Kesimpulan: Logam kuprum dihasilkan Warna larutan: Warna larutan tidak berubah |
Persamaan separa bagi tindakbalas di Anod:
4OH- → 2H2O + O2 + 4e
Katod:
Cu2+ + 2e → Cu
| Persamaan separa bagi tindakbalas di Anod:
Cu → Cu2+ + 2e
Katod:
Cu2+ + 2e → Cu
|
Perbincangan:
- Anod yang diperbuat daripada kuprum adalah tidak lengai jika elektrolit digunakan mengandungi ion kuprum(II) di dalamnya.
- Semasa elektrolisis, atom-atom kuprum dari anod mengion untuk menghasilkan ion kuprum(II). Akibatnya, elektrod kuprum yang merupakan anod terlarut dan jisimnya berkurangan.
Take guna
ReplyDeleteHi anjing
DeleteSorry....aku tertekan sangat
DeleteAsal name anjing jgk ko gune...
ReplyDeleteKe ko teringin nk jd anjing???