Nombor Proton dan Nombor Nukleon

  1. Nombor proton = bilangan proton dalam satu atom unsur itu.
  2. Nombor neukleon = bilangan neukleon = jumlah bilangan proton + jumlah bilangan neutron.
  3. Di dalam satu atom, lilangan elektron = bilangan proton (kerana semua atom adalah neutral).
  4. Jisim satu atom = jumlah jisim proton + jumlah jisim neotron + jumlah jisim elektron.
  5. Bagaimanapun jisim elektron sangat kecil, maka ia boleh diabaikan. Oleh itu, kita boleh menganggap bahawa jisim satu atom = jisim atom relatif atom itu.
  6. Jadual di bawah menunjukkan hubungan di antara bilangan proton, neutron dan elektron dengan nombor proton dan nukleon.

Atom
Proton Number
Nucleon Number
Amount of Proton
Amount of electron
Amount of Neutron
Helium
2
4
2
2
2
Oxygen
8
16
8
8
8
Sodium
11
23
11
11
12
Chlorine
17
35
17
17
18

[Notes: In ion, the amount of protons IS NOT equal to the amount of electrons]


Contoh 1
Unsur X mempunyai nombor proton 13 dan nombor nukleon 27. Berapakah bilangan proton, neutron, dan elektron dalam satu unsur X?

Jawapan:
Bilangan proton dalam atom X
= Nombor proton = 13

Bilangan elektron dalam atom X
= bilangan proton = 13

Bilangan neutron dalam atom X = Nombor nukleon - bilangan proton = 27 - 13 = 14

Contoh 2
Atom unsur Y mengandungi 22 neutron dan 18 elektron. Berapakah nombor proton dan nombor nubleon bagi unsur Y?

Jawapan:
Dalam atom neutral Y, bilangan proton = bilangan elektron = 18

Jadi nombor proton unsur Y = bilangan proton = 18

Nombor nukleon unsur Y = Bilangan proton + bilangan neutron = 40

Kaedah menulis nombor atom dan nombor jisim pada simbol unsur.



  1. Nombor nukleon ditulis di bahagian atas sebelah kiri manakala nombor proton ditulis di bahagian bawah sebelah kiri simbol atom unsur.
  2. Contohnya,


0 comments:

Post a Comment