Jisim Molekul Relatif

Jisim molekul relatif suatu bahan ialah bilangan kali jisim satu molekul bahan itu  lebih besar daripada 1/12 kali jisim satu atom karbon-12 di mana jisim relatif bagi satu atom karbon ialah 12.


Jisim molekul relatif satu molekul adalah sama dengan jumlah jisim relatif bagi semua atom di dalam molekul itu.

Contoh 1
Cari jisim molekul relatif bagi karbon dioksida.
[ JAR: C = 12; O = 16 ]

Jawapan:

Formula of karbon dioksida = CO2

Jisim Molekul Relatif CO2 = 1 x 12 + 2 x 16 = 44

Contoh 2
Berapakah jisim formula relatif bagi aluminium sulfat [ Al2(SO4)3]?
( Ar: O = 16, S = 32; Al = 27 )

Jawapan:

Jisim Molekul Relatif Al2(SO4)3 = 2 x 27 + 3( 32 + 4 x 16) = 342




0 comments:

Post a Comment