Jisim Atom Relatif

Jisim Relatif

Jisim Relatif satu objek ialah perbandingan jisim objek itu dengan jisim satu objek piawai.

Jisim Atom Relatif

Jisim atom relatif suatu unsur ialah bilangan kali satu atom suatu unsur itu lebih berat daripada 1/12 satu atom karbon-12.

Jisim Atom Relatif

  1. Jisim atom relatif ialah perbandingan jisim satu atom kepada jisim atom yang lain.
  2. Jisim atom relatif suatu unsur ialah bilangan kali satu atom suatu unsur itu lebih berat daripada 1/12 satu atom karbon-12.
  3. Jisim atom relatif karbon-12 dianggap sebagai 12.
  4. 1/12 jisim satu atom karbon-12 dinamakan sebagai unit jisim atom (uja.)
  5. Jisim satu atom karbon = 12 uja


Contoh 1
Jisim natrium adalah 23 kali lebih besar daripada 1/12 karbon-12. Apakah jisim atom relatif bagi natrium? 

Jawapan:
23

Contoh 2:
Jika jisim unsur A adalah 2 kali lebih besar daripada jisim karbon, maka jisim atom relatif bagi unsur itu ialah __________. (Jisim atom relatif karbon = 12)

Jawapan:
Jisim Atom Relatif Unsur A = 2 x 12 = 24



Contoh 3:
Satu unsur X adalah 8 kali lebih berat daripada satu atom litium. Hitungkan jisim atom relatif unsur X ( Jisim atom relatif: Li = 7 )

Jawapan:
Jisim Atom Relatif X = 8 x 7 = 56




0 comments:

Post a Comment