A |
- Pada titik A, bahan itu berada dalam keadaan pepejal.
- Zarah-zarahnya tersusun dengan padat, teratur, bersentuhan pada kedudukan tetap mengikut corak susunan tertentu, dan ditarik oleh daya tarikan yang kuat.
|
A-B |
- Dari titik A ke B, pepejal bahan itu dipanaskan dan suhu pepejal semakin meningkat.
- Semasa pemanasan, tenaga haba yang dibekalkan diserap oleh zarah-zarah pepejal dan ini menyebabkan zarah-zarah itu bergetar dan berputar dengan cepat.
- Tenaga gerakan ini disebut tenaga haba zarah zarah yang semakin bertambah apabila suhu meningkat.
- Pemanasan ini menyebabkan pepejal itu mengembang dan daya tarikan antara zarah menjadi semakin lemah.
|
B |
- Pada titik B, tenaga haba yang telah diserap membolehkan zarah-zarah bergetar dan berputar dengan begitu cepat sehingga dapat mengatasi daya tarikan yang kuat antara zarah-zarah.
- Jadi, zarah-zarah terpisah daripada satu sama lain dan susunan bertertib runtuh menyebabkan zarah-zarah bergerak bebas secara rawak serta menggelongsor di atas satu sama lain dalam kelompok-kelompok zarah.
- Pada peringkat ini, pepejal mula melebur
|
B-C |
- Dari titik B ke C, pepejal sedang melebur menjadi cecair.
- Ini bermakna pada peringkat ini sistem itu mengandungi kedua-dua pepejal dan cecair.
- Di sepanjang proses peleburan ini, suhu sistem itu menjadi tetap walaupun tenaga haba terus dibekalkan.
- Ini disebabkan tenaga haba yang dibekalkan sepanjang proses peleburan ini digunakan untuk melemahkan daya tarikan yang kuat antara zarah-zarah supaya pepejal dapat bertukar kepada cecair.
- Tenaga haba ini disebut haba pendam perlakuran.
|
C |
- Pada titik C, semua pepejal telah ditukarkan kepada cecair.
- Peleburan telah selesai.
|
C-D |
- Dari titik C ke D, cecair bahan itu terus dipanaskan dan suhunya semakin meningkat.
- Tenaga haba yang diserap oleh zarah-zarah cecair pada peringkat ini menyebabkan zarah-zarah bergerak dengan semakin cepat dan saling berlanggar dengan lebih kerap, iaitu tenaga kinetik zarah-zarah semakin bertambah.
|
D |
- Pada titik D, zarah-zarah cecair telah menerima tenaga yang cukup untuk mengatasi daya tarikan jiran-jirannya.
- Maka zarah-zarah itu keluar dari permukaan cecair untuk menjadi gas.
- Pada peringkat ini, cecair itu dikatakan mula mendidih.
- Suhu cecair mula mendidih disebut takat didih
|
D-E |
- Dari titik D ke E, cecair sedang mendidih. Ini bermakna pada peringkat ini sistem itu mengandungi kedua dua cecair dan gas.
- Di sepanjang proses pendidihan, suhu sistem itu, iaitu takat didih, tidak berubah tetapi menjadi tetap walaupun tenaga, haba terus dibekalkan melalui pemanasan.
- Ini disebabkan tenaga, haba yang dibekalkan sepanjang proses pendidihan ini digunakan untuk mengatasi daya tarikan antara zarah-zarah cecair supaya zarah¬zarah cecair terpisah jauh antara satu sama lain.
- Tenaga haba yang digunakan untuk mengewapkan cecair semasa pendidihan dikenal sebagai haba pendam pengewapan.
|
E |
- Pada titik E, semua cecair telah bertukar kepada gas.
- Pendidihan telah selesai.
|
E-F |
- Dari titik E ke F, pemanasan yang seterusnya menaikkan suhu gas.
- Tenaga haba yang diserap oleh zarah-zarah gas pada peringkat ini menyebabkan zarah-zarah bergerak dengan semakin cepat dalam keadaan rawak dan lebih kerap berlanggar antara satu sama lain.
- Ini bermakna tenaga kinetik zarah-zarah gas semakin bertambah.
- Pemanasan ini menyebabkan gas itu semakin mengembang dan daya tarikan antara zarah gas semakin lemah.
|
Recommended Videos
How to Read a Heating Curve
0 comments:
Post a Comment