Formula Kimia

  1. Setiap unsur masing-masing diwakili oleh simbol kimianya.
  2. Formula kimia pula menunjukkan unsur-unsur yang terdapat di dalam satu molekul.
  3. Formula kimia mengandungi maklumat::
    1. jenis atom atau ion dalam satu unsur atau sebatian.
    2. bilangan atom atau ion dalam unsur/sebatian itu,
  4. Contohnya, formula kmia etene ialah C2H4. Ini menunjukkan bahawa etene terbentuk daripada unsur karbon dan hidrogen, dan setiap molekul etene mengandungi 2 atom karbon dan 4 atom hidrogen.
  5. Formula kimia boleh dibahagi kepada 2 jenis, iaitu
    1. formula empirik
    2. formula molekul
  6. Formula empirik sesuatu sebatian ialah formula kimia yang menunjukkan nisbah paling ringkas bilangan atom tiap-tiap unsur yang terdapat dalam sebatian itu.
  7. Formula molekul sesuatu unsur atau sebatian ialah formula kimia yang menunjukkan bilangan atom sebenar setiap unsur yang terdapat dalam satu molekul unsur atau sebatian itu.

0 comments:

Post a Comment