Contoh1 - Formula Molekul

Diberi bahawa peratus komposisi satu sebatian ialah 92.26% C dan 7.74% H. Jisim molekul relatif sebatian itu ialah 78. Tentukan formula molekul sebatian itu

Jawapan:
Untuk mencari formula molekul suatu sebatian kimia, kita perlu menentukan formula empiriknya terlebih dahulu.

Mencari formula empirik:
Unsur
C
H
Peratus
92.26%
7.74%
Jisim dalam 100g
92.26g
7.74g
Bilangan mol
92.26 12 =7.688 mol
7.74 1 =7.74 mol
Nisbah ringkas
1
1

Formula empirik sebatian itu = CH

Mencari formula molekul 

Katakanlah formula molekul sebatian itu ialah
= CnHn

di mana n ialah satu nombor bulat

Jisim molekul relatif CnHn
= n(12) + 4(1) = 78
13n = 78
n = 78/13 = 6

Formula molekul sebatian
C6H6

2 comments:

  1. memang kalau dibahagi (last sekali tu)
    akan dapat untuk kedua-dua unsur ye?
    6 - 6

    ReplyDelete