Formula Empirik

  1. Formula empirik sesuatu sebatian ialah formula kimia yang menunjukkan nisbah paling ringkas bilangan atom tiap-tiap unsur yang terdapat dalam sebatian itu.
  2. Perkataan empirik bermakna maklumat diperolehi daripada pemerhatian, eksperimen atau pengalaman.
Contoh:
Bahan Kimia Formula Molekul Formula Empirik
Glukosa
C6H12O6
CH2O
Air
H2O
H2O
Karbon Dioksida
CO2
CO2
Benzena
C6H6
CH
Butana
C4H8
CH2


Mencari Formula Empirik

Formula empirik suatu sebatian dapat ditentukan dengan mengikut langkah-langkah berikut:
Langkah 1:  Mula-mula, tentukan jisim atau peratus komposisi mengikut jisim setiap unsur yang berpadu.
Langkah 2:  Kemudian tukarkan unit jisim dalam gram kepada mol atom.
Langkah 3:  Seterusnya, hitungkan nisbah yang paling ringkas bagi bilangan mol atom setiap unsur yang telah bergabung.
Langkah 4:  Berdasarkan langkah 3, formula empirik sebatian itu ditulis.


Contoh:
Dalam satu tindak balas kimia, 4.23g ferum bertindak sepenuhnya dengan 1.80g gas oksigen, menghasilkan satu besi oksida. Tentukan formula empirik besi oksida itu. [Jisim atom relatif: Ferum = 56; Oksigen = 16]

Contoh:

Unsur
Fe
O
Jisim
 4.23g
 1.80g
Bilangan mol
4.23 56 =0.0755
1.80 16 =0.1125
Nisbah ringkas
0.0755 0.0755 =1
0.1125 0.0755 =1.5
Nisbah dalam nombor bulat
2
3

Formula empirik ferum oksida itu = Fe2O3

0 comments:

Post a Comment