Formula Empirik

  1. Formula empirik sesuatu sebatian ialah formula kimia yang menunjukkan nisbah paling ringkas bilangan atom tiap-tiap unsur yang terdapat dalam sebatian itu.
  2. Perkataan empirik bermakna maklumat diperolehi daripada pemerhatian, eksperimen atau pengalaman.
Contoh:
Bahan Kimia Formula Molekul Formula Empirik
Glukosa
C6H12O6
CH2O
Air
H2O
H2O
Karbon Dioksida
CO2
CO2
Benzena
C6H6
CH
Butana
C4H8
CH2


Mencari Formula Empirik

Formula empirik suatu sebatian dapat ditentukan dengan mengikut langkah-langkah berikut:
Langkah 1:  Mula-mula, tentukan jisim atau peratus komposisi mengikut jisim setiap unsur yang berpadu.
Langkah 2:  Kemudian tukarkan unit jisim dalam gram kepada mol atom.
Langkah 3:  Seterusnya, hitungkan nisbah yang paling ringkas bagi bilangan mol atom setiap unsur yang telah bergabung.
Langkah 4:  Berdasarkan langkah 3, formula empirik sebatian itu ditulis.


Contoh:
Dalam satu tindak balas kimia, 4.23g ferum bertindak sepenuhnya dengan 1.80g gas oksigen, menghasilkan satu besi oksida. Tentukan formula empirik besi oksida itu. [Jisim atom relatif: Ferum = 56; Oksigen = 16]

Contoh:

Unsur
Fe
O
Jisim
 4.23g
 1.80g
Bilangan mol
4.23 56 =0.0755
1.80 16 =0.1125
Nisbah ringkas
0.0755 0.0755 =1
0.1125 0.0755 =1.5
Nisbah dalam nombor bulat
2
3

Formula empirik ferum oksida itu = Fe2O3

14 comments:

  1. Tapi kalau die bagi peratus pastu cane nak cari jisim????

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kau letak je peratus yg dia bgi tu. Contoh dia bgi 40.1%. Pastu kau per kan tu,contoh 40.1/(jisim atom relatif yg dia bgi). Buat cam biasa

      Delete
    2. Wah terima kasih bnyk bnykkkk sgt mmbntu >_< ♡♡♡

      Delete
    3. Wahhhh terima kasihhh bnyk bnykkkkkk sgttttt mmbntu >_< ♡♡♡♡

      Delete
  2. Apakah perbezaan formula empirik dan dan formula molekul bagi glukosa

    ReplyDelete
  3. Nk Tanya boleh... Kalau dia bagi 2g metanol,jmr=32,mcm mana nk Kira jisim asid butanoik,jmr=71 yg terhasil dlm tindak balas menghasilkan metil butanoat... Kena buat nisbah ke camne

    ReplyDelete
  4. nak tanya,ada tak cara nak bagi senang ingat formula ni?

    ReplyDelete
  5. macam mana cari nisbah dalam nombor bulat?

    ReplyDelete
  6. Kalau soalan dah bagi jawapan formula empirik tapi dia suruh cari jisim atom relatif. Macam mana nk buat

    ReplyDelete
  7. Kalau dia tk bagi jisim macam mana nk kira??

    ReplyDelete
  8. Dah kalau dia dk bagi jisim camne nk kira??

    ReplyDelete