Bilangan Mol dan Bilangan Zarah

  1. Kita telah belajar bahawa "mol" mewakili satu kuantiti, iaitu 1 mol = 6.02 x 1023. The number 6.02 x 1023 dan nilai ini digelar pemalar Avogadro.
  2. Oleh itu, jika dalam satu soalan kita diberi bilangan mol bahan dan disuruh mencari bilagan zarah dalam bahan itu, kita boleh mendapat jawapan dengan mendarabkan bilangan mol bahan itu dengan pemalar Avogadro.
  3. Sebaliknya, jika bilangan zarah diberi dan disuruh menbari bilangan mol, jawapan boleh diperolehi dengan membahagikan bilangan zarah dengan pemalar Avogadro.

Contoh 1
Antara 1 mol of helium dan 1 mol of uranium, yang manakah emngandungi lebih banyak zarah? Yang mana pula mempunyai jisim yang lebih besar. [ Jisim atom relatif: He=4; U=238 ]

Jawapan:
1 mol of helium and 1 mol of uranium mengandungi bilangan zarah yang sama..

Jisim 1 mol uramium lebih besar daripada jisim 1 mol helium.

Contoh 2
Cari bilangan zarah yang terdapat di dalam 2.5 mol emas.

Jawapan:
Bilangan atom
= Bilangan mol x pemalar Avogadro
= 2.5 x 6.02 x 1023 = 1.505 x 1024 

Contoh 3
Berapa bilangan mol magnesium mengandungi 2.76 x 1023 atom magnesium?

Jawapan:
Bilangan mol
= Bilangan atom ÷ pemalar Avogadro
= 2.76 x 1023 ÷ 6.02 x 1023
= 0.46 mol

2 comments:

  1. Tq kerana membantu . Semoga admin dimurahkan rezeki ❤️

    ReplyDelete
  2. Hi,macam mana nak tentukan bilangan mol jika yang telah diberi ialah JAR Mg=24?

    ReplyDelete