Aplikasi Elektrolisis Dalam Industri - Penyaduran Logam

  1. Penyaduran ialah proses yang dijalankan untuk menyalut permukaan suatu alat logam dengan suatu lapisan logam lain yang nipis dan sekata.
  2. Tujuan utama penyaduran ialah:
    1. Mencegah kakisan. Contohnya kromium dan nikel disadurkan kepada besi untuk mengelakkan besi daripada berkarat.
    2. Menambah kecantikan. Contohnya logam yang tidak cantik permukaannya disadurkan dengan emas atau platinum untuk menambahkan kecantikannya.
  3. Dalam proses penyaduran logam
    1. Logam penyadur dijadikan sebagai anod.
    2. Logam disadur dijadikan katod.
    3. Elektrolit mesti mengandungi ion-ion logam penyadur

Contoh: Penyaduran Kunci dengan Logam Kuprum


  1. Sebatang kunci besi dibersihkan dengan kertas pasir dan dijadikan sebagai katod.
  2. Rod kuprum dijadikan sebagai anod.
  3. Larutan kuprum(II) sulfat dijadikan sebagai elektrolit.
  4. Kedua dua anod dan katod disambungkan kepada punca elektrik.
  5. Arus elektrik kecil digunakan untuk penyaduran yang perlahan untuk mendapatkan lapisan yang rata dan kuat.

Elektrolit:
Kuprum(II) sulfat

CuSO4 ---> Cu2+ + SO42-

Elektrod:
Anod: Kuprum
Katod: Kunci (Objek disadur)

Tindakbalas Kimia
Anod:
Cu ---> Cu2+ + 2e

Di anod kuprum terlarut di dalam elektrolit. Atom-atom kurpum diionkan dan ion-ion Cu2+ dibebaskan.


Katod
Cu2+ ---> Cu + 2e

Di katod, ion-ion Cu2+ dinyahcas untuk membentuk atom-atom kuprum. Logam kuprum terbentuk sebagai lapisan pada sudu besi.


Nota Tambahan
Untuk mendapatkan lapisan penyadur yang rata dan kuat (kekal dan tahan):
(a) Permukaan objek yang disadur dibersihkan dengan kertas pasir.
(b) Arus elektrik yang kecil dan proses penyaduran elektrik dijalankan perlahan-lahan.
(c) Objek yang disadur diputar secara perlahan-lahan semasa elektrolisis dijalankan.

4 comments:

  1. Yerima kasih banyak2 untuk nota ni
    Ia byk membantu saya memahami bab kli ni

    ReplyDelete
  2. Apa yg akan terjadi pada kunci besi selepas penyaduran

    ReplyDelete
  3. terima kasih sbb share nota ni 🍑🍑👍☺☺

    ReplyDelete
  4. Boleh ke kat anod tu letak elektrod lengai, dan apa kesannya kalau buat mcm tu

    ReplyDelete