Sifat Kimia Logam Alkali


  1. Semua logam dalam kumpulan satu menunjukkan sifat kimia yang sama.
  2. Mereka boleh bertindak dengan air dan juga unsur bukan logam seperti oksige dan klorin untuk memberntuk sebatian yang baru.
  3. Jadual di sebelah menunjukkan susuan elektron bagi semua unsur kumpulan satu.
  4. Semua unsur kumpulan 1 mempunyai satu elektron valens.
  5. Semasa tindak balas kimia, unsur-unsur itu menderma elektron itu untuk mencapai susunan elektron gas adi yang stabil. Kation yang bercas +1 terbentuk.
  6. Contoh:
    LiL i + +e NaN a + +e K K + +e
  7. Logam kumpulan satu cenderung bertindakbalas dengan unsur bukan logam untuk membentuk sebatian ionik.

Langkah Berjaga-jaga

  1. Logam kumpulan 1 adalah sangat reaktif.
  2. Ia mesti disimpan dalam minyak parafin untuk mengelakkannya daripada bertindak balas dengan udara dan air.
  3. Kita tidak boleh memegang logam kumpulan satu dengan tangan kerana ia boleh bertindak dengan wap air pada tangan kita.

1 comment: