Logam Alkali Bertindak Dengan AIr

Logam alkali bertindak balas cergas dengan air sejuk untuk menghasilkan gas hidrogen.
Larutan terhasil boleh menukarkan kertas litmus merah menjadi biru.

Logam Kumpulan 1 + Air → Alkali + Gas hidrogen

Common Observation

  1. Litium, natrium dan kalium terapung dan bergerak di atas permukaan air kemudian larut di dalam air.
  2. Kesimpulan: Litium, natrium dan kalium kurang tumpat daripada air.
  3. Gas tidak berwarna dilepaskan sekitar logam alkali semasa ia bertindak. Gas ini menghasilkan letupan "pop" apabila kayu uji menyala dimasukkan dalam tabung uji yang diisi oleh gas ini.
  4. Kesimpulan: Gas tidak berwarna itu ialah gas hidrogen..
  5. Larutan yang dihasillkan bertukar menjadi biru apabila beberapa titis penunjuk semesta dititiskan ka dalamnya.
  6. Kesimpulan: Larutan yang dihasilkan ialah alkali

Litium + Air


2Li + 2H2O → 2LiOH + H2

Pemerhatian
Litium bergerak dengan perlahan-perlahan di permukaan air dengan menghasilkan bunyi “hiss”.

Natrium + Air


2Na + 2H2O → 2NaOH + H2

Pemerhatian
Natrium bergerak cepat secara rawak dengan menghasilkan bunyi “hiss”.

Kalium + Air


2K + 2H2O → 2KOH + H2

Pemerhatian
Kalium terbakar degan nyalaan ungu kemerahan, bergerak secara melompat-lompat di permukaan air dengan sangat cepat.


0 comments:

Post a Comment