Ikatan Kovalen

Ikatan Kovalen

  1. Ikatan kovalen terbentuk apabila bukan logam bergabung dengan bukan logam secara berkongsi elektron untuk menghasilkan molekul. Molekul yang terbentuk dipanggil molekul kovalen.
  2. Bukan logam biasanya berasal daripada Kumpulan 15, 16 dan 17 Jadual Berkala yang mempunyai 5, 6 atau 7 elektron valens.
  3. Beberapa unsur bukan logam dari kumpulan 14 seperti karbon dan silikon yang mempunyai 4 elektron valens juga boleh membentuk ikatan kiovalen.
  4. Atom hidrogen juga boleh bergabung dengan atom bukan logam untuk membentuk molekul kovalen. Misalnya hidrogen klorida (HCl), air (H2O) dan ammonia (NH3).

Contoh-contoh Sebatian Kovalen

Sebatian Kovalen Formula Sebatian Kovalen Formula
Klorin Cl2 Forforus P4
Hidrogen H2 Sulfur dioksida SO2
Oksigen O2 Karbon dioksida CO2
Nitrogen N2 Tetrakloro-metana CCl4


Contoh-contoh Pembentukan Sebatian Kovalen

Pembentukan Molekul Florin

  1. Susnan elektron bagi klorin ialah 2.7.
  2. Untuk mencapai susunan elektron oktet yang stabil, 2 atom fluorin berkongsi 1 pasang elektron antara satu sama lain.
  3. Akibatnya, kedua-dua atom itu terikat bersama oleh ikatan kovalen.

Pembentukan Molekul Oksigen

  1. Susnan elektron bagi klorin ialah 2.6.
  2. Untuk mencapai susunan elektron oktet yang stabil, 2 atom oksigen berkongsi 2 pasang elektron antara satu sama lain.
  3. Akibatnya, kedua-dua atom itu terikat bersama oleh ikatan kovalen.

Pembentukan Molekul Karbon Dioksida


  1. Susnan elektron bagi oksigen ialah ialah 2.6 dan susunan elektron bagi hydrogen ialah satu.
  2. Untuk mencapai susunan elektron oktet yang stabil, atom oksigen berkongsi 2 pasang elektron dengan 2 atom hidrogen.
  3. Bagi atom hidrogen, untuk mencapai susunan elektron duplet, kedua-dua atom masing-masing berkongsi 1 pasang elektron dengan atom oksigen.
  4. Akibatnya,2 ikatan kovalen terbentuk di antara atom-atom oksigen dan hidrogen.



0 comments:

Post a Comment