Ikatan ion

Ikatan Ion

  1. Sebatian ion ( sebatian elektrovalen ) terbentuk apabila suatu logam berpadu dengan suatu bukan logam.
  2. Logam berasal dari kumpulan 1, 2 dan 13 Jadual Berkala atau dari unsur-unsur peralihan, manakala bukan logam berasal dari kumpulan 15, 16 dan 17 Jadual Berkala.
  3. Dalam pembentukan sebatian ion, atom logam melepaskan semua elektron valensnya untuk mencapai susunan elektron gas adi yang stabil. Maka, ion positif ( kation ) terbentuk.
  4. Elektron-elektron yang dilepaskan itu akan berpindah ke petala terluar atom bukan logam supaya atom bukan logam itu juga mencapai susunan elektron gas adi yang stabil. Oleh itu, ion negatif ( anion ) terbentuk.
  5. Ion-ion positif ( kation ) dan ion-ion negatif ( anion ) yang terbentuk tertarik antara satu sama lain oleh tarikan elektrostatik yang kuat dalam kekisi hablur.
  6. Tarikan antara ion ini dikenal sebagai ikatan ion atau ikatan elektronvalen.
  7. Sebatian yang terbentuk dikenal sebagai sebatian ion atau  sebatian elektrovalen.

Contoh: Ikatan Ion di Antara Unsur Kumpulan 1 dengan Kumpulan 17


  1. Rajah di atas menunjukkan pembentukan ikatan ion di antara natrium (logam kumpulan 1) dan klorin (bukan logam dari kumpulan 17).
  2. Susunan elektron atom natrium ialah 2.8.1, iaitu bukan oktet (tidak stabil).
  3. Untuk mencapai susunan elektron oktet yang stabil, atom natrium menderma/melepaskan satu elektron dan membentuk ion natrium yang bercas +1.
  4. Bagi atom klorin pula, susunan elektronnya ialah 2.8.7, juga bukan oktet dan tidak stabil.
  5. Untuk mencapai susunan elektron oktet yang stabil, atom korin menerima satu elektron daripada natrium dan membentuk ion klorida yang bercas -1.
  6. Ion natrium dan ion klorida mempunyai cas yang bertentangan. Oleh itu mereka menarik antara satu sama lain dan membentuk ikatan ion.

Contoh: Ikatan Ion di Antara Logam Kumpulan 2 dan Unsur Kumpulan 17


  1. Rajah di atas menunjukkan pembentukan ikatan ion di antara kalium (logam kumpulan 1) dan oksigen (bukan logam dari kumpulan 16).
  2. Susunan elektron atom kalium ialah 2.8.8.1, iaitu bukan oktet (tidak stabil).
  3. Untuk mencapai susunan elektron oktet yang stabil, atom kalium menderma/melepaskan satu elektron dan membentuk ion kalium yang bercas +1.
  4. Bagi atom oksigen pula, susunan elektronnya ialah 2.6, juga bukan oktet.
  5. Untuk mencapai susunan elektron oktet yang stabil, atom oksigen menerima dua elektron daripada kalium dan membentuk ion oksida yang bercas -2.
  6. Ion kalium dan ion oksida mempunyai cas yang bertentangan. Oleh itu mereka menarik antara satu sama lain dan membentuk ikatan ion.

Contoh: Ikatan Ion di Antara Logam Kumpulan 2 dan Unsur Kumpulan 16


  1. Rajah di atas menunjukkan pembentukan ikatan ion di antara kalsium (logam kumpulan 2) dan atom oksigen (bukan logam dari kumpulan 16).
  2. Susunan elektron atom kalsium ialah 2.8.8.2, iaitu bukan oktet (tidak stabil).
  3. Untuk mencapai susunan elektron oktet yang stabil, atom kalsium menderma/melepaskan dua elektron dan membentuk ion kalsium yang bercas +2.
  4. Bagi atom oksigen pula, susunan elektronnya ialah 2.6, juga bukan oktet.
  5. Untuk mencapai susunan elektron oktet yang stabil, atom oksigen menerima dua elektron daripada kalsium dan membentuk ion oksida yang bercas -2.
  6. Ion kalsium dan ion oksida mempunyai cas yang bertentangan. Oleh itu mereka menarik antara satu sama lain dan membentuk ikatan ion.


Recommended Videos

What are Ionic Bonds? | The Fuse School



In this video you'll learn the basics about Ionic Bonds.

1 comment: