Perkembangan Jadual Berkala

Johann Dobereiner - Hukum Triad

  1. Mengelaskan unsur mengikut triad. 
  2. Mencadangkan satu hubungan antara sifat kimia dengan jisim atom unsur.
  3. Rajah di bawah menunjukkan 2 triad yang dicadang oleh Johann Dobereiner. Unsur-unsur di dalam triad mempunyai sifat kimia yang sama.

John Newlands - Hukum Oktaf

  1. Menyusun jisim atom relatif mengikut tertib jisim atom relatif yang menaik.
  2. Memperkenalkan hukum oktaf kimia. ( yang mirip kepada  Do, Re, Mi, Fa, So, La, Ti dalam musik )
  3. Ahli kimia pertama yang menunjukkan kehadiran satu corak berkala bagi sifat-sifat unsur, iaitu ulangan sifat kikia yang serupa pada unsur kelapan.

Lothar Meyer - Lengkung Meyer

  1. Melukis sebuah graf isipadu atom melawan jisim atom bagi semua unsur yang diketahui ( lengkung Meyer ).


Mendeleev - Jadual Berkala yang Pertama

  1. Mendeleev menyusun unsur-unsur mengikut tertib nombor nucleon menaik.
  2. Semua unsur dengan sifat sifat yang sama tergolong dalam lajur ( kumpulan ) yang sama.
  3. Tempat-tempat kosong ditinggalkan untuk unsur-unsur yang belum dijumpai pada masa itu.
  4. Beliau menggunakan kedudukan unsur dalam Jadual Berkala untuk meramalkan sifat-sifat bagi unsur yang belum ditemui pada masa itu ( eka-silikon ). Ramalannya disahkan benar apabila unsur-unsur itu ditemui beberapa tahun kemudian. 
  5. Unsur-unsur yang tidak sesuai diletakkan ke mana-mana kumpulan biasa disusun ke dalam satu blok kumpulan yang berasingan.

H.J.G. Moseley - Menyusun Unsur-unsur Mengikut Tertib Nombor Proton Menaik

  1. Moseley berpendapat bahawa nombor proton yang menentukan kedudukan unsur dalam Jadual Berkala dan bukan nombor nucleon.
  2. Oleh itu, unsur-unsur disusun mengikut tertib nombor proton yang menaik dalam Jadual Berkala. 
  3. Susunan unsur-unsur oleh Moseley dalam jadual berkala adalah hampir sama dengan jadual berkala moden yang digunakan kini.



0 comments:

Post a Comment