Logam Alkali Bertindak Dengan Gas Klorin

  1. Semua logam alkali bertindak dengan gas klorin membentuk logam klorida yang berwarna putih.

    1. Logam kumpulan 1 + Gas klorin → Logam klorida
  2. Garam logam klorida yang terbentuk boleh terlarut dalam air dan menghsilkan larutan neutral yang mempunyai pH 7.
  3. Kereaktifan logam kumpulan 1 bertambah apabila menuruni kumpulan.
Contoh:

Litium + Klorin


2Li + Cl2 → 2LiCl

Pemerhatian
Litium terbakar secara perlahan lahan dengan nyala merah.


Natrium + Klorin


2Na + Cl2 → 2NaCl

Pemerhatian
Natrium terbakar dengan nyala kuning yang terang dan cepat.


Kalium + Klorin


2K + Cl2 → 2KCl

Pemerhatian
Kalium terbakar dengan nyala ungu kemerahan yang amat terang dan amat cepat.

0 comments:

Post a Comment