Formula Molekul

  1. Formula molekul sesuatu unsur atau sebatian ialah formula kimia yang menunjukkan bilangan atom sebenar setiap unsur yang terdapat dalam satu molekul unsur atau sebatian itu.
  2. Bagi sesetengah sebatian, formula molekulnya adalah sama dengan formula empiriknya. Contohnya, formula empirik karbon dioksida ialah CO2 dan formula molekulnya juga CO2.
  3. Bagi sebatian yang lain, formula molekulnya adalah seperti gandaan bagi formula empiriknya.
  4. Contohnya, formula empirik etana ialah CH3 manakala formula molekulnya ialah C2H(2 kali ganda).

Mencari Formula Molekul

Contoh
Diberi bahawa formula empirik benzene ialah CH dan jisim molekul relatifnya ialah 78. Cari formula molekul bezene [Jisim atom relatif: Karbon: 12; Hidrogen: 1]

Jawapn:
Katakanlah formula molekul benzene ialah CnHn.

Maka jisim molekul relatif CnHn

= n(12) + n(1)
= 13n

13n = 78
n = 78/13 = 6

Oleh itu, jisim molekul relatif benzene
C6H6

1 comment: