Elektrolit dan Bukan Elektrolit

  1. Elektrolit merupakan bahan kimia yang boleh mengkonduksikan elektrik  dalam keadaan lebur  atau dalam larutan akueus.
  2. Semua sebatian ion merupakan elektrolit apabila lebur atau larut dalam air. Juga, asid dan alkali merupakan elektrolit apabila larut dalam air.
  3. Contoh-contoh elektrolit lebur: plumbum (II) bromida lebur, kalium iodida lebur, dan aluminium oksida lebur.
  4. Contoh-contoh elektrolit larutan akueus: larutan asid sulfurik, larutan akueus kalium iodida, dan larutan akueus natrium klorida.

  5. Bukan elektrolit ialah bahan kimia yang tidak boleh mengkonduksikan elektrik walaupun dalam keadaan lebur dan larutan akueus.
  6. Contoh-contoh bukan elektolit ialah naftalena lebur, larutan akueus glukosa, dan metil benzena.
  7. Kebanyakan sebatian kovalen merupakan bukan elektrolit. Bagaimanapun, sesetengah sebatian kovalen seperti hidrogen klorida dan ammonia merupakan elektrolit kerana mereka boleh menghasilkan ion apabila larut di dalam air.
  8. Larutan bukan akueus merupakan bukan elektrolit kerana pengionan tidak berlaku. Sebagai contoh, larutan ammonia dalam metilbenzena bukan elektrolit tetapi larutan ammonia dalam air ialah elektrolit.

  9. Rajah di bawah menunjukkan susunan ion dalam pepejal natrium klorida dan juga perubahannya apabila lebur atau terlarut di dalam air.
  10. Dalam keadaan pepejal, ion-ion tersusun dengan teratur dan tidak bebas bergerak manakala dalam keadaan lebur atau larutan akueus, ion-ionnya boleh bergerak bebas.
  11. Oleh itu, natrium oksida tidak boleh mengkonduksikan elektrik dalam keadaan pepejal tetapi boleh mengkonduksikan elektrik dalam keadaan lebur dan larutan akueus.


Soalam Lazim 1

S: Terangkan mengapa sebatian ion tidak mengkonduksikan elektrik dalam keadaan pepejal.

J:
  1. Dalam pepejal sebatian ion, ion-ionnya diikat oleh daya-daya elektrostatik yang kuat pada kedudukan yang tetap.
  2. Oleh itu, tiada ion-ion yang bebas bergerak untuk membenarkan pengaliran elektrik dalam pepejal sebatian ion.

Soalam Lazim 2

S: Terangkan mengapakah leburan natrium klorida boleh mengkonduksikan elektrik tetapi leburan naftalena tidak.

J:
  1. Natrium klorida ialah sebatian ion. Natrium klorida lebur mempunyai ion-ion yang bergerak bebas bertindak sebagai pembawa cas semasa mengkunduksikan elektrik,
  2. Naftalena ialah sebatian kovalen. Ia tidak mempunyai sebarang ion, samada dalam keadaan pepejal atau leburan. Oleh itu, naftalena lebur tidak mengkonduksikan elektrik.




1 comment:

  1. Radikal Bebas merupakan salah satu faktor utama penyebab kepada terjejasnya keseimbangan elektrolit

    ReplyDelete