Takat Beku, Takat Didih dan Keadaan Jirim



  1. Takat lebur suatu bahan ialah suhu tetap di mana bahan itu melebur menjadi cecair pada tekanan tertentu.
  2. Takat beku suatu bahan ialah suhu tetap di mana cecair bahan itu membeku menjadi pepejal pada tekanan tertentu.
  3. Bagi suatu bahan tulen yang sama, takat lebur dan takat bekunya adalah sama.
  4. Takat didih suatu bahan ialah suhu tetap di mana cecair bahan itu mendidih menjadi gas pada tekanan tertentu.
  5. Keadaan fizik suatu bahan pada suatu suhu tertentu bergantung kepada takat lebur dan takat didihnya.
  6. Suatu bahan adalah dalam keadaan pepejal jika suhunya lebih rendah daripada taket bekunya.
  7. Bahan itu berada dalam keadaan gas jika suhunya lebih tinggi daripada takat didihnya, dan berada dalam keadaan cecair jika shunya di antara takat beku dan takat didih.




3 comments: